Tarikh :05-09 November 2024
Masa :09.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi :NADI Kg Sungai Mata
Peserta :6 orang
Tujuan 

Pemeriksaan kesihatan 

Aktiviti 

Peserta yang hadir ke NADI untuk membuat pemeriksaan kesihatan seperti :

1. Berat dan tinggi (BMI)

2. Tekanan darah

3. Kandungan gula dalam badan.

Gambar disini

Tarikh :05 Oktober 2024
Masa :09.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi :NADI Kg Sungai Mata
Peserta :9 orang
Tujuan 

Kelas Microsoft word (i)

Aktiviti 

Peserta merupakan pelajar sekolah rendah di Kg Sg Mata untuk sesi pertama pada hari ini. Aktiviti kali ini adalah peserta di kehendaki membaca artikal dan menaip artikal bertajuk Komponen-komponen Komputer dan kegunaannya.

Petugas juga mengajar cara menggunakan peralatan seperti komputer/laptop, tetikus dan papan kekunci. 

 

Tarikh :05 Oktober 2024
Masa :2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi :NADI Kg Sungai Mata
Peserta :1 orang
Tujuan 

Kelas Microsoft word (ii)

Aktiviti 

Peserta merupakan pelajar sekolah rendah dan menengah di Kg Sg Mata untuk sesi kedua pada hari ini. Aktiviti kali ini adalah peserta di kehendaki menyambung semula tugasan mereka yang belum selesai.

Petugas masih membantu peserta menggunakan peralatan seperti komputer/laptop, tetikus dan papan kekunci. 

Gambar disini

Tarikh :20 Ogos 2024
Masa :3.30 petang - 4.30 petang
Lokasi :NADI Kg Sungai Mata
Peserta :1 orang
Tujuan 

Kelas ICT 

Aktiviti 

Setiap peserta yang hadir adalah pelajar sekolah menengah untuk mengisi Avance Intergrated Nilam System (AINS) dengan bantuan daripada petugas NADI.

Antara yang di pelajari pada aktiviti ini adalah cara membuka email moe, Delima, dan AINS. Selain itu, pelajar itu juga belajar untuk menebus baucher pembelian buku di Delima.

Tarikh :22 Ogos 2024
Masa :9.00 pagi - 10.00 pagi
Lokasi :NADI Kg Sungai Mata
Peserta :2 orang
Tujuan 

Kelas E-Pembelajaran (Menjawab Kuiz)

Aktiviti 

Setiap peserta yang hadir diberikan satu tugasan untuk menjawab kuiz di wordwall untuk latih tubi dan ulang kaji pelajaran matematik mengikut peringkat umur mereka. 

Tarikh :17 Ogos 2024
Masa :10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi :NADI Kg Sungai Mata
Peserta :1 orang
Tujuan 

Kelas Microsoft word_Membuat Surat Kebenaran

Aktiviti 

Peserta merupakan petani/pekebun di Kg Sg Mata. Beliau hadir untuk membuat surat kebenaran menggunakan tanah ahli keluarga untuk mengusahakan penanaman sawit. Petugas telah mengajar membuat surat kebenaran yang betul menggunakan microsoft word dan mengajar cara menggunakan peralatan seperti komputer/laptop, tetikus dan papan kekunci.

 

Tarikh :17 Ogos 2024
Masa :2.00 petang - 4.30 petang
Lokasi :NADI Kg Sungai Mata
Peserta :7 orang
Tujuan 

Kelas Klik Dengan Bijak dan Microsoft word (Menaip Artikal)

Aktiviti 

Sempena Hari Malaysia yang akan datang, Setiap peserta diberikan satu tugasan menaip artikal yang bertajuk " Hari Kebangsaan 2024".

Peserta juga di berikan taklimat mengenai Klik dengan bijak serta menonton video-video KDB di Youtube.

Sebelum peserta mula menaip, peserta juga di ajar cara menggunakan papan kekunci dan tetikus.

Gambar disini