Kampung Sungai Mata sudah di diami penduduk-penduduk kampung berhampiran dua ratus tahun yang lalu, penduduk kampung adalah terdiri daripada bangsa Melayu 95% dan bangsa Cina 5% ketika itu. Menurut Ketua Kaum Kampung, Tuan Haji Elen bin Mustapha ,nama Kampung Sungai Mata adalah di ambil dari nama sebatang sungai iaitu Sungai Mata yang panjangnya kira-kira 5km dari Batang Samarahan. Asal penduduk Kampung Sungai Mata adalah daripada penduduk di sekitar serian dan samarahan yang berpindah pindah ketika itu , kehidupan ketika itu sungguh menyedihkan (kehidupan serba kemiskinan) perkerjaan hanya menanam padi, menangkap ikan di sepanjang batang samarahan , kerja menebas rumput dengan cina kebun di Kampung Sungai Mata dan di Telok Sabangan Samarahan. Untuk pergi ke kuching menaiki perahu dayung selama 2 hari mengikut air pasang.
Encik Seli bin Jelan memegang jawatan ketua kaum ( kurang lebih) dari tahun 1950 hingga tahun 1969. Pada tahun 1970, Tuan Haji Usuf bin Keria telah mengambil alih sebagi ketua kaum di kampung Sungai Mata sehingga tahun 1996. Ketika itu penduduk-penduduk kampung Sungai Mata masih menggunakan jalan sungai. Semua kemudahan jalan raya, air paip dan elektrik belum ada. Pada awal tahun 1997 ketua kaum Tuan Haji Usuf bin Keria di tamatkan jawatan dan di ganti dengan Tuan Haji Adot bin Pok dari 1 Januari 1997 sehingga 26 Mei 2003 , kemudian Haji Adot bin Pok di naikan jawatan kepada penghulu dan sehingga sekarang 1 Ferbuari 2011, Tuan Haji Elen bin Mustapha di lantik menjadi ketua kaum Kampung Sungai Mata yang baru , untuk maklumat Kampung Sungai Mata ada seorang penghulu dan ketua kaum.
Pada tahun 1990 jalan kampung di bina oleh kerajaan melalui jalan masuk dari pangkalan feri yang ada sekarang , bermulalah dari situlah projek pembangunan dari kerajaan bertambah seperti air paip dan elektrik. Ketika itu juga Sekolah Rendah kebangsaan Sungai Mata dan Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Tanjung Parang di roboh dan di satukan menjadi Sekolah Kebangsaan MataParang yang tersergam indah di antara Kampung Sungai Mata dan Kampung Tanjung Parang (Bangunan Sekolah Rendah di Antara yang termahal di Negeri Sarawak). Pada tahun 2014, populasi penduduk meningkat kepada 1105 orang dan kesemua penduduk adalah 100% berbangsa melayu.
Kini, pada tahun 2023, melalui bancian terbaharu, didapati jumlah penduduk Kampung Sungai Mata telah meningkat kepada 2,320 orang dan pembahagian jumlah penduduk boleh dilihat melalui jadual dibawah:
PENGEMASKINIAN DATA PROFIL ASAS KAMPUNG DAN DATA ISI RUMAH
PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI MATA
_______________________________________________________________________
BIL |
UMUR |
JANTINA |
BILANGAN |
JUMLAH |
1 |
0 – 6 TAHUN |
LELAKI |
69 |
127 |
PEREMPUAN |
58 |
|||
2 |
7 – 17 TAHUN |
LELAKI |
256 |
440 |
PEREMPUAN |
184 |
|||
3 |
18 – 59 TAHUN |
LELAKI |
294 |
572 |
PEREMPUAN |
378 |
|||
4 |
60 TAHUN KEATAS |
LELAKI |
656 |
1181 |
PEREMPUAN |
525 |
|||
JUMLAH PENDUDUK |
2320 |
Bilangan penduduk OKU.
- Lelaki = 5
- Perempuan = 3
Bilangan Bapa = 290 orang
Bilangan Ibu = 285 orang
Jumlah Bilangan / Pintu Rumah = 298 buah rumah
Lelaki = 1275 orang
Perempuan = 1045 orang
Sumber : Penghulu dan Ketua Kaum Kg Sungai Mata
(Tuan Haji Elen bin Mustapha &KK En Bujang bin Daud)