Kampung Sungai Mata sudah di diami penduduk-penduduk kampung berhampiran dua ratus tahun yang lalu, penduduk kampung adalah terdiri daripada bangsa Melayu 95% dan bangsa Cina 5% ketika itu. Menurut Ketua Kaum Kampung, Tuan Haji Elen bin Mustapha ,nama Kampung Sungai Mata adalah di ambil dari nama sebatang sungai iaitu Sungai Mata yang panjangnya kira-kira 5km dari Batang Samarahan. Asal  penduduk  Kampung Sungai  Mata adalah  daripada  penduduk  di sekitar  serian  dan  samarahan  yang  berpindah pindah  ketika itu , kehidupan ketika  itu sungguh menyedihkan (kehidupan  serba  kemiskinan)  perkerjaan  hanya  menanam padi, menangkap ikan  di sepanjang  batang samarahan  , kerja  menebas  rumput  dengan  cina kebun  di Kampung  Sungai Mata  dan di Telok Sabangan Samarahan. Untuk  pergi  ke kuching menaiki  perahu dayung  selama 2 hari mengikut  air pasang. 

Encik Seli bin Jelan memegang jawatan ketua kaum ( kurang lebih)  dari tahun 1950 hingga tahun 1969. Pada tahun 1970, Tuan Haji Usuf bin Keria telah mengambil alih  sebagi ketua kaum di kampung Sungai Mata sehingga tahun 1996. Ketika itu penduduk-penduduk kampung Sungai Mata masih menggunakan jalan sungai. Semua kemudahan jalan raya, air paip dan elektrik belum ada. Pada  awal tahun 1997  ketua  kaum Tuan Haji Usuf  bin Keria  di tamatkan  jawatan dan di ganti dengan Tuan Haji Adot bin Pok  dari 1 Januari 1997 sehingga 26 Mei 2003 , kemudian Haji Adot bin Pok  di naikan  jawatan  kepada penghulu  dan  sehingga  sekarang  1 Ferbuari 2011, Tuan Haji Elen bin Mustapha di lantik menjadi  ketua  kaum   Kampung Sungai Mata yang baru , untuk   maklumat  Kampung Sungai Mata ada  seorang   penghulu  dan  ketua  kaum.       

Pada tahun 1990 jalan kampung  di bina  oleh  kerajaan  melalui jalan  masuk  dari  pangkalan feri  yang ada sekarang , bermulalah dari situlah  projek  pembangunan  dari  kerajaan bertambah seperti air paip dan elektrik. Ketika itu juga Sekolah Rendah kebangsaan  Sungai Mata dan Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Tanjung Parang di roboh dan di satukan menjadi Sekolah Kebangsaan MataParang yang tersergam indah di antara Kampung Sungai Mata dan Kampung Tanjung Parang (Bangunan Sekolah Rendah di Antara yang termahal di Negeri Sarawak).  Pada tahun 2014, populasi penduduk meningkat kepada 1105 orang dan kesemua penduduk adalah 100%  berbangsa melayu. 

Kini, pada tahun 2023, melalui bancian terbaharu, didapati jumlah penduduk Kampung Sungai Mata telah meningkat kepada 2,320 orang dan pembahagian jumlah penduduk boleh dilihat melalui jadual dibawah:

 

PENGEMASKINIAN DATA PROFIL ASAS KAMPUNG DAN DATA ISI RUMAH

PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI MATA

_______________________________________________________________________

BIL

UMUR

JANTINA

BILANGAN

JUMLAH

1

0 – 6 TAHUN

LELAKI

69

127

PEREMPUAN

58

2

7 – 17 TAHUN

LELAKI

256

440

PEREMPUAN

184

3

18 – 59 TAHUN

LELAKI

294

572

PEREMPUAN

378

4

60 TAHUN KEATAS

LELAKI

656

1181

PEREMPUAN

525

JUMLAH PENDUDUK

2320

 

Bilangan penduduk OKU.

- Lelaki              = 5

- Perempuan      = 3

 

Bilangan Bapa    = 290 orang

Bilangan Ibu       = 285 orang

 

Jumlah Bilangan / Pintu Rumah = 298 buah rumah

Lelaki                 = 1275 orang

Perempuan         = 1045 orang

                                              

 

 Sumber  : Penghulu dan Ketua Kaum Kg Sungai Mata

               (Tuan Haji Elen bin Mustapha &KK En Bujang bin Daud)