Sayur Midin

Midin merupakan salah satu makanan popular di Sarawak. Di Kampung Sungai Mata, midin merupakan salah satu sumber rezeki bagi penduduk kampung. Midin sangat di gemari dan mempunyai rasa yang tersendiri dalam masakan terutamanya dimasak goreng belacan dan dimakan dengan nasi putih. Biasanya penduduk Kampung Sungai Mata mengambil midin ketika waktu pagi atau petang. Hasil midin yang telah diambil kemudian disusun kemas dan akan dijual kepada peraih midin dengan harga Rm 1.00 seikat. Biasanya midin-midin ini akan dihantar di pasar-pasar basah di Kota Samarahan dan Kuching.