Tarikh :20 April 2024
Masa :08.30 pagi -09.30 pagi
Lokasi :NADI Kg Sungai Mata
Peserta :9 orang
Tujuan 

Kelas IOT/STEM (CHATGPT)- Mencari maklumat mengenai Komputer  dan Perkakasan Komputer

Aktiviti 

Peserta merupakan pelajar sekolah rendah di ajar menggunakan Sistem AI seperti CHATGPT,dan juga mendaftar email. Mempelajari kebaikan dan keburukan aplikasi tersebut berserta fungsi aplikasi sebagai bahan bantuan untuk belajar pada masa kini. Peserta di berikan satu tugasan untuk mencari maklumat mengenai Komputer. Peserta mendapat banyak maklumat ketika menggunakan ChatGPT.

 

Tarikh :20 April 2024
Masa :10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi :NADI Kg Sungai Mata
Peserta :9 orang
Tujuan 

Kelas Microsoft word_Jadual Komputer

Aktiviti 

Peserta merupakan pelajar sekolah rendah hadir untuk belajar menaip. Setiap peserta diberikan satu tugasan bertajuk Komputer.

Sebelum peserta mula menaip, peserta juga di ajar cara menggunakan papan kekunci dan tetikus.

Tugasan untuk kelas ICT pada hari ini, peserta dikehendaki menaip maklumat yang di perolehi di kelas IOT (Chat CPT) ke dalam microsoft word dalam bentuk jadual . Tujuannya peserta dapat mengenali maklumat penting yang diperlukan.