BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Nur Diana binti Amin
Umur : 11 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Nur Diana merupakan seorang pelajar sekolah rendah tahun lima S.K Mata Parang yang sering mengikuti kelas ICT dan KDB di PI Kg Sg Mata. Dia juga sering membawa kerja sekolahnya ke PI untuk disiapkan dan sering bertanya kepada petugas PI sekiranya terdapat perkara-perkara yang dia tidak faham akan hal pelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Nur Diana tidak tahu akan ICT dan hanya berpendapat komputer hanya digunakan oleh golongan tertentu sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengetahui penggunaan ICT, Nur Diana sering mengikuti kelas-kelas yang dijalankan di PI bagi menambah pengetahuannya berkaitan ICT. Dia juga sudah tahu menggunakan kemudahan Internet secara berhemah dan lebih berhati-hati dalam pergaulan di dalam media sosial.