USAHAWAN MENJUAL MAKANAN
Nama | : Nur Liyana |
Umur | : 37 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Pn. Nur Liyana merupakan surirumah sepenuh masa yang sentiasa mencari peluang untuk menambah pendapatan keluarganya. Sebelum ini beliau mengambil upah mencari sayur midin dan menjual kepada peraih yang sering ke kampung.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT atau sebelum beliau melibatkan diri di Pusat Internet, Pn Nur Liyana hanya menggunakan kaedah promosi tradisional iaitu dari mulut ke mulut dalam mempromosikan perniagaan menjual Nasi Ayamnya
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas melibatkan diri di Pusat Internet, Pn Nur Liyana kini sudah berjinak-jinak mengambil katering nasi ayam secara kecil kecilan dan beliau juga kini mula memasarkan produk-produk makanan beliau melalui media sosial seperti facebook,whatsaap, dan sebagainya