USAHAWAN MAKANAN/MINUMAN/MAKANAN KERING

Nama : Nur Ismawaty Lasau
Umur : 36 Tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Pn. Ismawaty merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang ingin berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan. Pn. Ismawaty sudah mula menceburi bidang perniagaan dengan menjual donut frozen, ayam pandan frozen dari rumahnya dan juga memasarkannya menggunakan kaedah COD dimana beliau menerima tempahan dan menghantar kepada para pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT, Pn. Ismawaty sememangnya sudah mengetahui penggunaan ICT kerana beliau juga menggunakan aplikasi media sosial untuk mempromosi jualan yang beliau jalankan. Beliau menggunakan Pik Kg Sg Mata untuk memperkasakan lagi ilmu pengetahuan beliau mengenai ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas melibatkan diri dalam aktiviti PIK, beliau kini lebih yakin dalam mempromosi jualan di aplikasi media sosial dan banyak mendapat tempahan dari pelanggan tetap terutama donut frozen. Kini, beliau juga tidak lagi malu untuk berhadapan dengan pelanggan ketika menjalankan COD.