- Tabika Kemas
- Mempunyai dua orang guru tadika dan dua orang pembantu yang mengajar dan mengawasi pelajar berumur enam tahun dan lima tahun Masa pesekolahan adalah bermula pada pukul 7.30am- 11.30am.
2. Sekolah Rendah Mataparang
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Rendah Kerajaan Mata Parang yang dibiayai oleh Bank Dunia bermula pada awal tahun 1976. Sekolah baru itu mula menerima pelajar-pelajar dari dua buah kampong pada sesi Penggal Kedua bermula pada 4 Jun 1977. Perasmian sekolah ini pada 9 September 1978 telah disempurnakan oleh bekas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Tun Ahmad Zaidi Adruce bin Mohamad Noor pada ketika itu menjawat jawatan sebagai menteri perumahan Sarawak. Asrama telah dibina pada tahun 1984 untuk kemudahan pelajar. Kemudahan air dan elektrik hanya dapat dinikmati pada tahun 1993. Pada awalnya dianggarkan seramai 50 orang pelajar menuntut di sekolah tersebut dan peningkatan kemasukkan bilangan pelajar dicatatkan dari semasa ke semasa.Pembinaan bangunan baru "Design & Build" di tapak yang sama mulai Julai Tahun 2001 dan siap pada hujung 2002 yang menelan belanja RM25.2 juta. Luas kawasan sekolah seperti asalnya ialah 5.23 ekar. Pada 16 Mac 2003 adalah hari bersejarah bagi warga sekolah iaitu hari pertama bersekolah di bangunan baru. Seramai lebih kurang 170 orang murid telah menuntut di Sekolah Kebangsaan Mata Parang pada waktu itu.Sekolah ini dilengkapi dengan 18 buah kelas, 3 tingkat bangunan pentadbiran, perpustakaan, makmal sains, bilik seni visual, bilik kemahiran hidup, bilik tayangan, bilik muzik, bilik komputer, kedai koperasi, bilik rawatan pergigian, gelanggang bola tampar, gelanggang sepak takraw dan padang bola sepak, dewan makan, bilik rekreasi, 4 tingkat bangunan asrama, 4 tingkat kuarters guru, bangunan Prasekolah dan juga surau.
3. Sekolah Menengah (SMK HAJJAH LAILA TAIB)
Sekolah menengah Hajjah Laila Taib ini terletak di Asajaya, Kota Samarahan. Anak-anak penduduk kampung Sungai Mata majoriti bersekolah di sini dan merupakan sekolah paling dekat dengan kampung. Sekolah ini juga menyediakan asrama kepada pelajar yang tinggal jauh daripada sekolah bagi memudahkan urusan pembelajaran mereka agar tidak ketinggalan.