Tujuan 

Kelas "Service Learning" kerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Aktiviti 

Aktiviti kali ini merupakan kesinambungan daripada lawatan pertama yang telah dijalankan pada awal februari lalu. Kali ini, para pelajar dari UNIMAS telah mengajar ahli Pusat Internet yang berumur 12 tahun kebawah tentang cara-cara untuk membuat slide presentation menggunakan Microsoft Powerpoint. 

gambar disini

Tujuan 

Kelas "Service Learning" kerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Aktiviti 

Aktiviti kali ini merupakan lawatan pertama daripada pelajar unimas. Membincangkan mengenai kelas Ict yang akan di adakan untuk lawatan seterusnya.Sasaran adalah pelajar sekolah rendah dan menengah. 

 

Tujuan 

Kelas Microsoft Word (Membuat Jadual waktu Sekolah)

Aktiviti 

Pada aktiviti kali ini, terdapat dua kelas telah dijalankan untuk Kelas microsoft word iaitu membuat jadual waktu sekolah. Aktiviti ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Memandangkan sekolah baru di buka , sangat bersesuailah aktiviti ini di jalankan. Pelajar di kehendaki membawa salinan jadual waktu sekolah masing-masing untuk dijadikan contoh. 

Antara dipelajari mereka adalah, menaip dengan betul, membina jadual, memasukkan semua data-data ke dalam kotak  (data diperolehi  daripada contoh jadual waktu sekolah mereka),mewarnakan data mengikut subjek di belajar.

Gambar Di Sini

Tujuan 

Dashboard Komuniti (My Health)

Aktiviti 

Peserta adalah terdiri daripada wanita dan surirumah. Mereka hadir ke kelas DK adalah untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Pada aktiviti kali ini, antara pemeriksaan yang telah dilakukan ada membuat ukuran tinggi badan, berat badan, lilitan pinggang,tekanan darah,dan juga mengambil bacaan gula dalam badan. Setiap data diperolehi akan di masukan kedalam aplikasi DK (My Health) . Di samping tersebut, peserta yang hadir boleh memuat turun aplikasi DK di telefon mereka dan menggunakan pelbagai kemudahan yang ada di aplikasi DK.

Tujuan 

Kelas Menaip Karangan (Microsoft Word)

Aktiviti 

Peserta adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Pada kelas kali ini, peserta diberikan satu tugasan dimana mereka perlu mengarang satu tajuk karangan yang di sediakan oleh petugas. Tajuk karangan tersebut adalah mengenai "Hobi Saya". Peserta perlu mengarang karangan tersebut sebanyak 80 patah perkataan dan menaip semula karangan mereka menggunakan microsoft word mengikut format yang telah ditetapkan oleh petugas. 

Gambar Di Sini