Tarikh | :11 Mei 2019 |
Masa | :2.00 petang - 4.30 petang |
Lokasi | :Pusat Internet Kg Sungai Mata |
Peserta | :18 orang |
Tujuan | |
Mencipta poster di bulan Ramadan | |
Aktiviti | |
Peserta adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah di bahagikan kepada dua orang dalam satu kumpulan.Peserta di beri satu tugasan untuk mencipta poster sempena bulan ramadan menggunakan microsoft power point. Peserta juga diajar menggunakan "Shortcut Key" dalam penggunaan microsoft powerpoint dan juga diberi tunjuk ajar cara untuk muat turun "font" baru di internet. |
Tarikh | : 6 April 2019 |
Masa | : 2.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sungai Mata |
Peserta | : 17 orang |
Tujuan |
|
Kelas KDB dan Microsoft Excel 2010 | |
Aktiviti | |
Klik dengan Bijak (KDB) mendidik para peserta untuk peka dengan isu-isu berkaitan teknologi dan isu-isu viral yang boleh mendatangkan fitnah dan pertelingkahan sesama masyarakat. Memberikan pendedahan kepada peserta tentang bahaya scammer,penipuan internet dan pishing supaya akan timbul kesedaran dan mereka dapat sampaikan kepada keluarga dan sahabat mereka yang lain. Kelas Microsoft Excel peserta di minta untuk membuat jadual waktu sekolah mereka masing-masing. Di dalam pembelajaran ini, petugas mengajar format asas excel sahaja. Dimana peserta perlu membuat kotak jadual dan mengisi data-data yang diperlukan.
|
Tarikh | : 16 Mac 2019 |
Masa | : 2.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sungai Mata |
Peserta | : Usahawan Wanita, Surirumah |
Tujuan | |
Kelas ICT bersama pelajar Fakulti Sains Komputer UNIMAS
|
|
Aktiviti | |
Usahawan wanita dan surirumah menghadiri Kelas Menghasilkan Bentuk Pembungkusan dan Pelabelan Produk. Antara modul yang dipelajari mereka adalah : I. Cara-cara membuat logo perniagaan II. Cara-cara membuat label kandungan produk III. Cara-cara membuat kotak fotografi produk DIY Modul-modul ini diajar menggunakan Microsoft PowerPoint. |
Tarikh | : 23 Mac 2019 |
Masa | : 2.00 petang - 4.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sungai Mata |
Peserta | : 11 orang |
Tujuan | |
Kelas menaip dengan menggunakan aplikasi microsoft office 2010 | |
Aktiviti | |
Peserta di beri satu tugasan untuk menaip karangan bertajuk "Ibu Saya" menggunakan microsoft powerpoint. Peserta di benarkan untuk membuat carian gambar seorang ibu di goggle dan memuat turun gambar yang telah dipilih. Peserta juga diajar asas penggunaan dalam microsoft powerpoint. Dimana peserta diajar cara memasukan gambar, bunyi, latarbelakang, di setiap slide powerpoint. |
Tarikh | : 23 Februari 2019 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sungai Mata |
Peserta | : Usahawan Wanita, Surirumah |
Tujuan | |
Kelas ICT bersama pelajar Fakulti Sains Komputer UNIMAS | |
Aktiviti | |
Perbincangan dan lawatan pertama untuk kelas service Learning UNIMAS untuk Usahawan Wanita dan Surirumah Kampung Sungai Mata. |