USAHAWAN MAKANAN "ROTI JOHN"
Nama | : Shamirul Rizuan bin Rizal |
Umur | : 17 tahun |
Ahli | : 2015 |
Latar belakang
Shamirul merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang ingin berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan. Sebelum tamat sekolah, Shamirul sudah mula menceburi bidang perniagaan dengan menjual Roti John dari rumahnya dan juga memasarkannya menggunakan kaedah COD dimana beliau menerima tempahan dan menghantar kepada para pelanggan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penggunaan ICT, Shamirul sememangnya sudah mengetahui penggunaan ICT ini berikutan beliau juga mengambil subjek ICT di sekolahnya dan beliau menggunakan Pik Kg Sg Mata untuk memperkasakan lagi skills2 beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas melibatkan diri dalam aktiviti Pi, beliau kini lebih “Confident” untuk memberikan taklimat atau kelas komputer kepada para pelajar sekolah khasnya sekolah rendah kerana beliau sering meminta tunjuk ajar petugas pi untuk membantu beliau dalam pengucapan awam.
USAHAWAN MENJUAL MAKANAN BERASASKAN PENCUCI MULUT DAN PANGGANG
Nama | : Masnah binti Sabee |
Umur | : 45 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Pn Masnah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai banyak masa terluang di rumah sebelum beliau memulakan perniagaan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum mengikuti kelas keusahawanan di Pusat internet Komuniti, Pn Masnah hanya menjadi suri rumah sepenuh masa.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas mengikuti kelas keusahawanan di Pusat Internet Komuniti, Pn Masnah lalu mempunyai idea untuk membuka gerai jualan berasaskan pencuci mulut dan makanan panggang. Kini beliau sudah membuka gerai jualan beliau di hadapan rumah nya sendiri.
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Nor Emma Zatty binti Mohamad Esma |
Umur | : 11 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Nor Emma Zatty merupakan pelajar Sekolah Rendah Mata Parang yang sering berkunjung ke Pik Kg Sg Mata untuk mengisi masa lapang beliau. Disamping itu, dia juga sering mengikuti kelas-kelas ict yang diadakan di pusat internet untuk menambah pengetahuan ICT beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penggunaan ICT, Nor Emma Zatty tidak tahu menggunakan komputer dan berfikiran komputer ini hanya digunakan oleh orang dewasa sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas mengetahui penggunaan ICT, Nor Emma Zatty kini sering berkunjung ke pusat internet untuk mengetahui isu-isu semasa berikutan di Kg Sg Mata, Pusat Internet Komuniti dilihat sebagai salah satu tempat untuk mendapatkan berita dari luar kampung. Selain itu, Nor Emma Zatty juga sering mengulangkaji pelajaran di pusat internet sambil dibantu petugas-petugas pusat internet
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Aldahamien Suppiey Bin Rasmi |
Umur | : 12 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Aldahamien merupakan seorang pelajar sekolah yang sering berkunjung ke Pusat Internet Komuniti untuk menimba ilmu ICT disamping mengisi masa lapang beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penggunaan ICT, beliau sering menghabiskan masa lapang beliau dengan bermain diluar rumah beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas penggunaan ICT, beliau kini tahu untuk menaip menggunakan Microsoft word, mencipta poster menggunakan publishers, dan juga mengedit video menggunakan movie maker.
MENJUAL PRODUK-PRODUK BERASASKAN NANAS, JUS ASAM JAWA, BUAH NAGA (PINEAPPLEGON)
Nama | : Mohd Azriff bin Aziz |
Umur | : 18 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Mohd Azriff bin Aziz merupakan seorang lepasan sekolah rendah yang menjalankan perniagaan menjual produk berasaskan nanas, asam jawa dan buah naga. Beliau sebenarnya menjalankan perniagaan ini bersama pak cik nya di kampung.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di Pusat Internet Komuniti, Mohd Azriff tidak tahu menggunakan komputer dan tidak tahu apa itu ICT memandangkan beliau tidak dapat melanjutkan pelajarannya hingga ke sekolah menengah di atas faktor keluarga.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas penggunaan ICT, Mohd Azriff kini secara perlahan-lahan mula belajar apa itu ICT,KDB, Media sosial dan sebagainya. Malah beliau juga tahu bagaimana untuk menggunakan Microsoft Office 2010 dan tahu serba sedikit mencipta video menggunakan software movie maker.