Tarikh : 21 Julai 2018
Masa : 2.30 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet  Kg Sungai Mata
Peserta :16 orang
Tujuan 
Membuat Poster Perniagaan menggunakan Microsoft Word
   
Aktiviti 
Peserta merupakan terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah dimana mereka  diberikan tugas secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang peserta. Setiap kumpulan perlu mencipta satu nama produk perniagaan masing-masing. Sebelum memulakan aktiviti, petugas akan menerangkan cara-cara menggunakan microsoft word untuk membuat poster perniagaan mereka nanti. Peserta juga boleh melihat contoh-contoh poster yang ada di internet sebagai bahan rujukan.
Tujuan 

Untuk mendekatkan Pusat Internet dengan komuniti setempat selain memperkasakan penggunaan Dashboard Komuniti

   
Aktiviti 

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Program Hari Bersama Komuniti 2018 di antaranya adalah :

1. Pertandingan Mewarna Pensil untuk Pelajar Tabika Kemas Kg Sungai Mata

2. Kelas e-Usahawan dari Saudagar Training & Consultancy

3. Advokasi kesihatan dari Pejabat Kesihatan Kota Samarahan

4. Klik dengan bijak dan e-Waste

5. Kuiz Dashboard Komuniti dan Muat naik Dashboard Komuniti ke telefon bimbit 

Aktiviti berlangsung dengan jayanya dengan bantuan skuad PI dan kerjasama yang telah di berikan komuniti Kg Sungai Mata. Mereka juga berharap aktiviti seperti ini dapat di adakan masa akan datang.

Gambar Disini

Tarikh : 8 Jun 2018
Masa : 2.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sungai Mata
Peserta : 9 orang
Tujuan 
Mewarna menggunakan aplikasi "Paint Computer"
   
Aktiviti 
Aktiviti ini diadakan sempena cuti sekolah dan sambutan hari raya pada bulan jun 2018. Para peserta di berikan tugas untuk mewarna menggunakan "Paint Computer" . Peserta di ajar cara-cara mewarna dengan baik dan kemas. Peserta yang mewarna dengan kemas diberikan hadiah sebagai penghargaan kepada mereka. 
Tarikh : 6 Julai 2018
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet  Kg Sungai Mata
Peserta : 5 orang
Tujuan 
Ulangkaji Pelajaran di Astro Tutor Tv (http://www.tutortv.com.my/)
   
Aktiviti 
Aktiviti ini sebagai tutorial kepada pelajar untuk membuat ulangkaji pelajaran setelah tamat masa sesi persekolahan terutamanya kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting seperti UPSR, PT3, dan SPM. Pembelajaran berasaskan video membolehkan pelajar mudah ingat dan faham dan tidak bosan. 
Tarikh : 20 Mei 2018
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sungai Mata
Peserta : 8 orang
Tujuan 
Membuat Kad Ucapan Sempena Sambutan Hari Guru
   
Aktiviti 
Para pelajar diajar menggunakan Microsoft Publisher untuk membuat kad ucapan mereka dengan kreatif dan menarik. Bagi memudahkan pembelajaran kali ini, pelajar di benarkan menggunakan internet untuk mencari contoh-contoh kad ucapan hari guru sebagai rujukan kepada mereka. 

Gambar Disini