Tarikh | : 8 April 2018 |
Masa | : 2.00 petang - 4.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sungai Mata |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah |
Tujuan | |
Belajar menaip menggunakan Microsoft Power Point | |
Aktiviti | |
Pelajar di berikan tugas untuk membuat "Pembentangan" yang bertajuk Biodata Saya. Pelajar di ajar untuk menghasilkan Pembentangan yang menarik dan ceria seperti meletakkan bunyi,gambar, video dan mengikut format yang betul dan telah ditetapkan oleh petugas. |
Tarikh | : 22 Mac 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sungai Mata |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan | |
Belajar membuat poster menggunakan Microsoft Word | |
Aktiviti | |
Pelajar di berikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan terdiri kepada 2 orang. Petugas menyediakan satu poster yang bertajuk Zon Larangan Merokok sebagai rujukan kepada pelajar. Kemudian pelajar perlu mengikut langkah-langkah membuat poster melalui arahan daripada petugas. Setelah selesai membuat poster, pelajar di minta untuk membuat pembentangan mengenai poster masing-masing. Pelajar amat suka aktiviti kali ini dan meminta untuk membuat lagi kelas membuat poster. |
Tarikh | : 18 Februari 2018 |
Masa | : 10.30 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sungai Mata |
Peserta | : Pelajar sekolah |
Tujuan | |
Meningkatkan kemahiran menaip dalam penggunaan Microsoft Word | |
Aktiviti | |
Petugas menyediakan satu karangan bertajuk " Aku sebuah komputer " untuk digunakan pelajar menaip. Pelajar diajar cara menaip dan penggunaan microsoft word dengan betul. Selepas selesai menaip, petugas akan menyemak semula karangan tersebut dan mengenalpasti kesalahan yang perlu diperbetulkan dan pelajar di minta untuk membuat pembetulan di dalam karangan mereka. |
Tarikh | : 24-25 Februari 2018 |
Masa | : 8.00 pagi - 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sungai Mata |
Peserta | : Wanita, Pelajar Sekolah |
Tujuan | |
Memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti Pusat Internet dan Pemeriksaan Kesihatan di Program Nang Kamboh III di Kampung Sungai Mata Anjuran PBB dan Saberkas Kampung Sungai Mata | |
Aktiviti | |
Memperkenalkan aplikasi dan memuat naik DK menggunakan telefon pintar kepada pengunjung Program yang telah menjadi ahli Pusat Internet. Pengunjung di ajar cara menggunakan aplikasi DK seperti membuat hebahan (My Komuniti), membuat aduan kepada Penguatkuasa Tempatan (My Soal), membuat pemeriksaan kesihatan (i-Health) dan "View" produk-produk yang boelh jual beli (My Shop). Untuk 10 peserta terawal yang mengikuti DK pada hari tersebut mendapat "goodies" yang di sediakan petugas. |
Tarikh | : 20 Januari 2018 |
Masa | : 10.30 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg Sungai Mata |
Peserta | : Pelajar sekolah |
Tujuan | |
Memberi panduan keselamatan ketika melayari Internet | |
Aktiviti | |
Petugas memberikan tips kepada peserta iaitu panduan keselamatan ketika melayari internet dan melihat video-video penyalahgunaan internet di Youtube. Di akhir kelas, peserta di berikan kuiz berdasarkan pembelajaran pada hari tersebut. |